my banner

create your own banner at mybannermaker.com!

salam

background

falling object

Apabila Binatang Kantoi Mencuri!!


Beruk yang sedang gigih menculik anak anjing sambil buat muka inesen
                           (Gambar kurang jelas kerna keadaan amat mencemaskan ketika kejadian.haha!.)

Keadaan Yang Alamak!!!

Bila Mereka Dibezakan...Anda Perasan Tak?










Funny Soldier?

Bunuh Diri

Seorang pesakit mental cuba 
membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya 
diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama 
kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor 
yang merawat mereka.

Doktor: Hari ini saya ada dua berita 
baik utk awk.satu berita baik,dan 1 lgi berita buruk.
Pesakit
mental:
 Apa dia doktor?
Doktor: Pertama sekali,tahniah 
kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh dpd penyakit awak 
kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yg cuba membunuh diri 
semalam. Berita buruk pula, pesakit yg awak selamatkan itu didapati 
telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang 
sungguh.
Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya 
yang menggantungnya supaya dia kering dgn cepat..hee..
Doktor:
#@**_!!*&^_#

Bila Anjing dan Budak Bersahabat Baik...

Kisah Seram


Pada suatu malam, Ahmad (bukan nama sebenar) dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya. Dia pulang agak lewat waktu itu sekitar jam 12:30 malam. Perjalanan pulang pada malam itu dirasakan Ahmad amatlah jauh. Sedangkan bukan malam itu sahaja dia sering pulang lewat. Sudah berpuluh-puluh kali dia melalui jalan tersebut. Jalan yang perlu ditempuh oleh Ahmad adalah kawasan hutan yang belum diterokai oleh manusia lagi.
Hendak dipendekkan cerita, sedang Ahmad memandu kereta untuk pulang ke rumahnya.

Ahmad ternampak satu lembaga seperti seorang lelaki tua yang sedang berjalan di dalam hujan yang terlalu lebat. Terdetik dihati Ahmad untuk menolong pakcik tersebut. lalu diberhentikan keretanya..
Ahmad : Pak cik.Kenapa jalan dalam hujan ni? Tak sejuk ke?
Pak cik : Pak cik tertinggal bas nak. Jadi pak cik jalan kaki balik rumah.
Ahmad : Rumah pak cik dekat mana?
Pak cik : Jauh nak. Rumah pak cik dekat dengan bandar sana tu.
Ahmad pun terfikir. Bandar tersebut dia akan lalu untuk balik ke rumahnya.
Ahmad : Naiklah pak cik.Saya pun lalu jalan tu. Saya tumpangkan pak cik.
Pak cik : Terima Kasih nak.
Sedang Ahmad dan pak cik tersebut berada di dalam kereta. Tiba- tiba Ahmad terhidu sesuatu yang amat BUSUK. Jantung Ahmad seakan hampir luruh.terfikirkan pak cik yang baru ditumpangkannya tadi..Tiba-tiba..
Pak cik : Ehem..maaf nak.pak cik tak tahan tadi. jadi pak cik terkentut……

Cerita Seram...

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!
Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh...

Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt."

Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi.

Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt". Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...

Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas.....


***PERHATIAN!!!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.

Sila scroll ke bawah...

> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
>>

Lalu aku tertawa sendiri...
"Cilaka punya perfume dispenser" buat suspend jerrrrrrrr...

Orang Gila Naik Kapal Terbang!!!

Seorang juruterbang telah ditugaskan untuk membawa sekumpulan pesakit jiwa dari Hospital Bahagian Ulu Kinta,Tanjung Rambutan berpindah ke satu tempat yang agak jauh dengan menaiki sebuah pesawat tentera.Beliau telah terpilih kerana mempunyai pengalaman sebagai juruterbang selama 20 tahun.


Seperti biasa,beliau menunggu semua pesakit tersebut menaiki pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Setelah semua pesakit selesai menaiki pesawat tersebut,beliau pun berlepas mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Cuaca ketika itu cerah dan tiada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa cuaca buruk akan berlaku.Tiba-tiba,pesawat tersebut bergegar dan kedengaran bunyi riuh-rendah di bahagian tempat duduk penumpang pesawat tersebut.Lalu juruterbang tersebut meminta pembantunya mengendali pesawat tersebut kerana dia ingin melihat apa yang telah berlaku.


Setelah sampai di bahagian tempat duduk penumpang,beliau terkejut melihat semua pesakit jiwa tersebut melompat-lompat kerana terlalu gembira dan seronok tetapi hanya seorang sahaja yang duduk diam.Lalu dia pun memanggil pesakit tersebut dan berkata.....


JURUTERBANG: U tolong cakap dengan kawan-kawan U,suruh mereka semua duduk diam-diam                    ....Jangan terloncat-loncat.Ini kapal terbang....bukannya hospital....
ORANG GILA: Baik tuan!!!(sambil tabik kepada juruterbang tersebut)

Setelah juruterbang berkenaan kembali ke tempat duduknya,kapal terbang berkenaan masih lagi bergegar dan bunyi bising masih lagi kedengaran.10 minit kemudian gegaran tersebut pun hilang dan bunyi bising tidak lagi kedengaran.

Juruterbang berkenaan pun pergi ke bahagian tempat duduk penumpang sekali lagi dan melihat hanya seorang pesakit jiwa sahaja yang ada.Lalu dia pun bertanya.....

JURUTERBANG: Mana kawan-kawan U yang lain???
ORANG GILA: Saya beritahu mereka ....kalau nak melompat-melompat.....pergi main kat luar....!
JURUTERBANG:Hahhh!!!!

Pantun Lawak...

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Sport Day...........

Waiing Outside The Lines


You’ll never enjoy your life,
living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?
Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it’s time for you to seize the day
Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now
I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Try to have no regrets
even if it’s just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living blind?
Stuck in my same position,
you deserve so much more
There’s a whole world around us,
just waiting to be explored
Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go
The world will force you to smile
I’m here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What’s in you is out there
I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
I’m trying to be patient (I’m trying to be patient)
the first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
go ahead and take it
I’m Waiting, waiting, just waiting I’m waiting
I’m waiting, waiting, just waiting
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
You’ll never enjoy your life
Living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?

Cerita Lawak 1


Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Pelajar Melayu Perempuan Dirasuk


Pelajar melayu perempuan dirasuk, di mana salahnya dan siapa yang
salah...
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.
Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis
melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan
india. Di mana salah nya........
Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria di sekolah kat BSB...... Misteri di Asrama Puteri
terjawab!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan
mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di
sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas
membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua
jin itu pun datang dengan
menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan
ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua
jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan
semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu
menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawab! Kenapa gadis
melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?"Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati, Tiada
Memikat, Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh,
Tak Mungkin Aku MERASUK..." "Aduhai... kekekeekeeee..."
WORLDDDD!! hhehehe....